Mintak tunjuk ajar Tun Daim
Saya ini baru hendak belajar berniaga. Rasa saya tiada orang yang paling layak untuk menunjuk ajar kepada kita semua melainkan Menteri Kewangan kita sendiri, iaitu Tun Daim Zainuddin, sebab dialah orang yang paling kaya-raya di Malaysia.
Dulu ada orang cakap masa mula-mula jadi Menteri Kewangan pada tahun 1980an, Daim memanglah multi-millionaire . Tetapi apabila Daim bersara pada awal tahun 1990an dahulu, tahu-tahu Daim sudah menjadi multi-billionaire .
Jadi apakah petuanya dari Yang Berhormat Menteri Kewangan kita supaya semua orang kita yang hendak berniaga dapat berjaya seperti Yang Berhormat? Tentunya Yang Berhormat mempunyai strategi atau disiplin tersendiri, sebab sebagaimana semua orang tahu, bukan senang hendak menjadi Menteri Kewangan (yang menjaga ekonomi negara) dan jadi ahli perniagaan di waktu yang sama. Jadi saya berharap agar Yang Berhormat sudilah kiranya berkongsi petua dengan kami semua yang baru hendak berniaga ini.

