Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena apabila dengan secara mengejut Dato' Mokhzani Mahathir menarik diri dari arena koprat. Anehnya, di waktu yang sama aktivis-aktivis yang berkebolehan (merobah keadaan) diheret masuk ke bilik kurungan.

Pada spekulasi saya, dari aturcara yang jelas kelihatan sekarang (termasuk kemungkinan penutupan sistem Internet di negara ini buat sementara waktu), adalah berkemungkinan besar Perdana Menteri kita akan turun dari takhtanya dalam masa yang terdekat ini. Saya berpendapat beliau mahu turun dengan tenang dan tampa ganguan.

Tentang pengganti beliau pula, telah pun tersedia maklum akan dijunjung oleh Timbalan Perdana Menteri yang sedia ada dengan menggunakan perisai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga keadaan menjadi tenang semula.

Saya juga yakin sekiranya ISA dimansuhkan, ia akan dihidupkan semula oleh sama ada pihak atau pun individu yang akan menerajui pemerentahan di negeri ini.