Saya rasa terpanggil untuk menulis setelah terbaca kejahilan tulisan TY Lee, 'Best vindication not to support MCA'(May 24).

Di hujung suratnya, beliau menegaskan bahawa seorang Islam mempunyai hak untuk menolak Negara Islam. Inilah yang disifatkan oleh para pujangga sebagai "bahaya jika memiliki sedikit ilmu".

Sebelum membuat komen seperti yang tertera dalam surat, bolehkah penulis dalamkan pendidikan mengenai Islam dan cuba tajamkan ' common sense '?

Jika sudah mengaku diri Islam, mengapa seseorang itu boleh menolak kehendak jalan kehidupan tersebut?

Andaikanlah cara hidup Islam umpama membina sebuah rumah. Jika dibuang tiangnya, bagaimana boleh rumah tersebut berdiri?