Sesebuah kerajaan tidak dapat disama-ertikan dengan negara. Negara adalah kekal. Kerajaan akan berubah, sama ada kerana pilihan raya, rampasan kuasa, penggantungan perlembagaan, dan sebagainya.

Taat kepada negara tidak semestinya menuntut setia kepada kerajaan kerana ada kerajaan yang merampas kuasa atau menjadi pemerintah melalui cara-cara yang tidak sah atau menipu rakyat. Ada kerajaan menang pilihan raya kerana menyalahgunakan kuasa.

Kedaulatan negara tidak sama dengan kuasa pemerintah. Hanya negara yang berdaulat. Kerajaan tidak ada daulat. Kerajaan hanya dijadikan pemerintah oleh rakyat ataupun 'pemuka rakyat'. Maka tiada sebabnya kenapa anti kerajaan boleh disama-ertikan dengan anti negara, atau sebagai 'pengkhianat negara'.

Perbezaan pendapat terhadap dasar atau kuatkuasa Eksekutif tidak boleh dengan sewenang-wenangnya ditakrifkan sebagai penderhaka negara. Malah, yang pro kerajaan boleh juga dianggap penderhaka negara. Suharto kini bukan lagi wira Indonesia. Milosevic adalah penjenayah dunia, Sejarah boleh mengubah kedudukan sesorang dan pemerintah itu.