Jerebu - denda pengurus kilang ladang
Pemantauan Persatuan Pengguna-pengguna Pahang (PAC) mendapati bahawa kilang ladang masih tidak memperdulikan keadaan alam sekitar yang semakin genting dengan menjalankan pembakaran terbuka serta pengeluaran oleh asap kilang.
Kesedaran dan rasa tanggungjawab para pengurus ladang dan jurutera kilang-kilang sangat mengecewakan.
Ini juga menunjukkan peranan pendidikan alam sekitar oleh pihak-pihak yang bertanggujawab tidak mencapai sasaran ataupun pengurusan atasan menganggap perkara ini hanya sebagai satu perkara remeh.
Maka PAC mendesak supaya pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri tidak lagi menyalak dengan amaran tetapi terus bertindak mengeluarkan saman ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pengurus ladang dan kilang yang berkenaan.
Pemantauan juga perlu dilakukan oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar supaya JAS negeri benar-benar turun ke padang untuk menguatkuasakan undang-undang demi menjaga kesejahteraan semua termasuk bidang ekonomi negara yang semakin menjurus kepada pelancongan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.