Saya merujuk kepada surat Encik CK Tan yg bertajuk 'Negara gagal martabatkan Bahasa Malaysia' (3 Ogos).
Di sini, saya juga ingin menambah yang perkara tersebut bukan hanya terjadi di kalangan golongan bukan Melayu. Golongan Melayu juga gagal memartabatkan Bahasa Malaysia bila ia hanya digunakan sebagai bahasa pasar/kasar.
Bahasa Malaysia akan hanya dapat dimartabatkan apabila rakyat Malaysia bangga bercakap bahasa tersebut dengan tata-tertib ( grammar ) dengan sebetulnya.
Apabila kita bercakap broken English kita akan dipandang serong, tetapi apabila kita mengguna BM tanpa tata-tertib, tiada siapa kisah.
