Azan sesuai di zaman Nabi tetapi tidak relevan di zaman IT
Bukan sebab saya ahli Umno maka saya sokong Dr Mahathir Mohamad. Tetapi saranan beliau supaya Islam diubah supaya tidak ketinggalan zaman adalah sesuatu yang sangat bernas.
Lihat sahaja azan yang dilaungkan untuk tanda masuk waktu sembahyang. Azan dilaungkan di zaman Nabi sebab pada masa itu jam, TV, radio dan lain-lain alat moden untuk mengesan masa dan menyampaikan maklumat tidak ada lagi. Di zaman Nabi hanya matahari menjadi panduan menentukan masa. Maka terpaksalah azan dilaungkan untuk menandakan masuk waktu sembahyang.
Zaman ini waktu solat disebar dengan luas. Suratkhabar pun menyiarkannya. Hampir semua orang memakai jam tangan, dan di merata-rata ada jam untuk kita merujuk waktu. Kalau kita hendak mengetahui waktu solat kita hanya perlu semak di akhbar, dan memastikan sudah masuk waktu solat dengan hanya melihat waktu di jam tangan kita. Maka azan tidak perlu lagi di zaman IT yang serba moden ini.
Khutbah pada solat hari Jumaat juga sudah tidak relevan lagi. Khutbah bertujuan untuk menyampaikan ajaran agama serta maklumat. Di zaman IT, iaitu zaman teknologi maklumat, kita boleh mendekati ajaran agama tanpa diadakan khutbah. Ajaran agama boleh didapati dari percetakan, media eletronik dan Internet. Kemajuan komunikasi menjadikan khutbah tidak lagi relevan dan seharusnya kita tidak lagi meneruskan khutbah pada hari Jumaat.

