Most Read
Most Commented
Read more like this

Merujuk kepada paparan artikel bertajuk 'Azan sesuai di zaman Nabi tetapi tidak relevan di zaman IT' (3 Sept), saya berasa sungguh sedih sebagai umat Islam membaca artikel tersebut. Khutbah Jumaat itu adalah satu-satunya upacara yang perlu terutamanya di zaman IT kerana setelah seminggu bertungkus-lumus mengejar kekayaan dunia, hari itu sahajalah yang sepatutnya memanfaatkan umat Islam kerana sekurang-kurangnya ia mengingatkan kita kepada ajaran dan perintah agama.

Ilmu agama seperti mana kita maklum, amatlah luas; kalau hanya setakat membaca, ia tidaklah mencukupi. Ada juga antara kita yang asyik sibuk berkerja, sekali terduduk hanya waktu sembahyang. Untuk pergi ke kedai membeli buku agama, membuka halaman web agama, membaca artikel demi artikel... amat kurang jumlahnya.

Saya tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik yang mencampur-adukkan agama dan kuasa politik. Kita harus pertimbangkan secara rasional. Jika tidak ada azan, ada kalanya kita lagi leka dengan kerja-kerja dunia sahaja.

Saya berpendapat sedemikian bukan kerana hasutan atau terikut cara fikir orang. Tetapi, sebagai juru program, berkecimpung dalam dunia IT, tugas harian yang mengunakan IT sepanjang masa, saya akui juga amatlah sukar untuk mencari masa untuk membuka laman-laman web yang beribu-ribu jumlahnya. Jika sebagai juru program (orang bawahan) tidak ada masa, apakah lagi ahli korporat atau mereka yang memegang jawatan yang lebih tinggi untuk menguruskan pelbagai urusan dalam dan luar pejabat. Masa mereka amatlah suntuk.

Kita harus bersyukur kerana kerajaan kita masih menyiarkan azan di TV dan radio, serta ajaran agama supaya kita tidak lekah.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS