Akal dan wahyu
Mungkin ramai orang Islam yang masih lagi beriman kepada Allah dan Hari Khiamat terkejut dengan saranan yang dibuat oleh Umno Beruas ('Azan sesuai di zaman Nabi tetapi tidak relevan di zaman IT', 3 Sept), bukan sahaja kerana saranan itu mencerminkan kejahilannya tetapi juga kerana ia telah mencadangkan sesuatu yang selari dengan apa yang di 'perjuangkan' oleh musuh-musuh Islam.
Saya rasa penulis mesti menyedari bahawa hidup seorang mukmin tidak boleh bergantung hanya kepada akal semata-mata. Itulah sebabnya Allah menurunkan al Quran dan Rasulullah s.a.w meninggalkan Hadis untuk panduan umat sepanjang zaman.
Akal manusia banyak kekurangannya. Dengan kemampuan yang terhad, maka kita sebagai mukmin yang beriman mesti yakin dan percaya bahawa di sebalik segala sunnah Rasulullah SAW itu ada natijah dan faedahnya, baik secara zahir mahupun batin.
Kita tidak perlu belajar di Mesir atau di Universiti Islam Antarabangsa untuk memikirkan perkara ini; mungkin dengan lepasan mana-mana sekolah menengah di Beruas, kita sudah mampu membuat penilaian.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.