Berita tentang Taliban di media massa 98% daripadanya tidak boleh dipercayai kerana telah diputar belit. Medai selalu menggambarkan Taliban sebagai pengganas dan zalim.

Kita selalu mendengar media melaporkan Taliban mendiskriminasi wanita, membunuh tanpa belas, mengedar dadah dan sebagainya. Ini semua adalah begitu kontra sekali dengan realiti.

Setelah memegang kuasa di Afghanistan, Taliban telah menguatkuasakan undang-undang Islam termasuklah hudud. Mereka juga telah mengharamkan pengeluaran dan perniagaan dadah yang sebelum itu berleluasa di Afghanistan.

Mereka telah berjaya mengembalikan semula kehormatan wanita. Tiada lagi pertukaran wanita atau jenayah rogol. Jenayah-jenayah lain juga boleh dikatakan dapat dibanteras hampir 100%, sehinggakan satu-satunya pasukan polis yang diperlukan hanyalah polis trafik. Kedai-kedai boleh ditinggalkan terbuka semasa semua orang mendirikan sembahyang fardhu 5 waktu. Boleh dikatakan suasana di Afghanistan seolah-olah suasana zaman kegemilangan Islam dahulu.

Walau bagaimana pun Afghanistan memang diakui didalam keadaan yang nazak dengan ramai rakyatnya menjadi pelarian. Tahap kemiskinannya juga adalah yang paling teruk di dalam dunia. Akan tetapi adalah tidak adil untuk menyalahkan Taliban kerana mereka baru mengambil alih pemerintahan sejak 1996 sedangkan kesan perang selama lebih 20 tahun adalah amat dahsyat.

Taliban sebenarnya mendapat sokongan majoriti rakyat Afghanistan dan juga umat Islam dinegara jiran seperti Pakistan. Tetapi media menggambarkan seolah-olah mereka tidak mendapat sokongan rakyat dan membesar-besarkan pengaruh puak pakatan utara yang sebenarnya hanya mendapat sokongan beberapa kerat rakyat sahaja.

Melihat akan kebangkitan Islam pimpinan Taliban inilah puak Yahudi dan Nasrani menjadi tidak senang lantas melancarkan perang psikologi melalui media dengan memburuk-burukan Taliban. Tindakan Amerika menyerang Afghanistan sekarang ini adalah susulan kepada perang yang telah lama bermula.