Rancangan hancurkan BA di mulai dengan pemuda Keadilan
Perletakan jawatan Hamdan Taha dari Parti Keadilan Nasional untuk menyertai Umno memang sudah di jangkakan kerana beliau sentiasa di naungi oleh bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Zahid Hamidi sejak kalah dalam pilihanraya umum 1999.
Kejayan Datuk Zahid Hamidi membeli Naib Ketua Pemuda Keadilan dengan mengarahkan beliau meletakan semua jawatan dalam parti dan terus menjadi ahli Keadilan sebagai lanjutan untuk menarik lebih ramai pengikutnya seperti Zahid Mat Arip, Hanapiah Man, Saifuddin Nasution dan berberapa orang lagi pemimpin meletakan jawatan untuk menyerti Umno. Antara pemimpin Keadilan yang di jangka melompat kepada Umno ialah saorang Ahli Parlimen Keadilan yang lantang dari Terengganu dan mempunyai hubungan rapat dengan Hamdan Taha.
Pengunduran Dr Chandra Muzaffar dari memimpin Keadilan merupakan tamparan hebat kepada parti Keadilan yang akan mengujudkan kekosongan ahli fikir dan mentor parti.
Kekuatan sesebuah parti politik banyak bergantung kepada mentor, kepimpinan, pentadbiran dan yang paling penting kepercayaan ahlinya sendiri akan keikhlasan pemimpin mereka. Tiadanya kekuatan dalam perkara inilah di antara sebabnya Umno menjadi goncang pada masa ini. Barisan Alternatif dan Keadilan mesti mengambil iktibar dalam perkara ini jika mahu menjadi kuat dan di percayai rakyat.
Ahli Keadilan mestilah matang dan menerima realiti. Kepimpinan pemuda Keadilan yang begitu penting kepada perpaduan dan kekuatan Barisan Alternatif sendiri mestilah di pimpin oleh penggantinya yang boleh menemui rakyat secara peribadi dan bukan memimpin dari dalam penjara.
Pejuang- pejuang telah dipenjarakan itu kini bertukar menjadi "kumpulan mentors dan ideologis" kepada perjuangan parti diluar yang meneruskan agenda meningkatkan nilai masyarakat dan sejagat. Mereka bukan lagi pentadbir parti seperti sebelum mereka di penjarakan.
Peranan yang di mainkan oleh Zahid Hamidi melalui pengikut setianya dalam Pemuda Keadilan seperti Zahid Mat Arip dan Saifuddin Nasution untuk meruntuhkan Pemuda Keadilan adalah sebagai persediaan "political clash and showdown".
Walau apa pun matlamat rancangan ini, antaranya ialah untuk melemahkan Barisan Alternatif dengan meruntuhkan Keadilan terlebih dahulu dan di mulakan dengan meruntuhkan Pemuda Keadilan melalui pengikut setia Zahid Hamidi dalam parti Keadilan itu sendiri.
Strategi ini telah di gunakan oleh Umno dan Perikatan dalam tahun 60-an dahulu pada ketika Parti Rakyat Malaya mempunyai pengaruh kuat dalam negara. Perikatan telah menangkap dan memenjarakan hampir semua pemimpin pemuda Parti Rakyat Malaya pada ketika itu dan lumpuhlah parti itu sehingga kini.

