Selepas pengumuman belanjawan semalam ternyata kakitangan kerajaan adalah di antara rakyat malaysia yang paling gembira. Apa tidaknya dengan kenaikan gaji 10 peratus serta pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 pula diberikan kepada mereka bulan ini atau bulan depan.

Tetapi adakah pihak yang memikirkan tentang pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan disebabkan penutupan kilang-kilang? Apa yang mereka dapat dari kerajaan negara mereka sendiri?

Harga petrol pula naik. Dan selepas ini semestinya harga barang runcit pun turut naik.

Dengan keadaan ekonomi sekarang memang sukar bagi kakitangan swasta untuk mendapat bonus. Kenaikan gaji pula akan dibuat dalam peratusan yang sangat rendah itupun jika pihak majikan berbesar hati untuk berbuat demikian.

Siapa yang akan membela nasib pekerja swasta - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia?