Isu CLP - siapa harus bertanggungjawab?
Saya merupakan salah seorang calon yang memduduki peperiksaan tersebut yang kini telah di tarik balik keputusannya. Langkah pihak lembaga kelayakan untuk membatalkan semua keputusan tersebut adalah merupakan langkah yang terbaik demi menjaga nama baik profession perundangan Malaysia.
Tetapi, sepatutnya pihak pengurusan dan kelayakanlah yang mesti memikul tanggungjawab keatas kecuaian mereka yang menyebabkan soalan peperiksaan itu bocor, dan bukannya calon-calon yang telah lulus di dalam peperiksaan yang paling "sukar" di dalam sejarah peperiksaan negara.
Walaupun yuran tidak akan dikenakan lagi untuk menduduki semula peperiksaan tersebut, adakah pihak lembaga memikirkan masa, wang ringgit dan penat lelah yang telah dilalui oleh calon terbabit. Saya merupakan pelajar separuh masa dan sedang bekerja. Saya terpaksa menggunakan cuti tahunan dan wang ringgit hasil titik-peluh, dan juga megorbankan masa saya bersama anak dan isteri, hanya untuk melalui "kesukaran" ini. Adakah pihak lembaga sanggup membayar kos yang tidak ternilai ini?
Ingin saya imbas kembali peristiwa di mana soalan peperiksaan SPM bocor. Pada waktu itu pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia mengambil langkah yang amat bijak dengan hanya menghukum orang yang benar-benar bertanggungjawab dan bukannya dengan membuat arahan seperti lembaga kelayakkan ini. Untuk pengetahuan pembaca sekiranya kes ini berlaku di negara Jepun, sudah pasti pihak pengurusan dan lembaga terbabit dengan sukarelanya meletakkan jawatan. Dengan cara inilah kredibiliti profession undang-undang negara dapat dipertahankan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.