Tepak Bersulam ('Biar kita berani tegur pemimpin daripada pembangkang', Nov 28) mahukan kepimpinan ditukar dari yang lama atau tua kepada yang baru atau muda. Justifikasinya kerana yang lama yang cukup kaya dan terlalu lama memegang jawatan. Namun Tepak Bersulam lupa yang paling lama dan semakin tua bukan pemimpin lain tetapi Dr Mahathir Mohamad sendiri. Beliaulah yang patut berhenti, kerana terlalu lama, terlalu berkuasa dan sudah tentu terlalu kaya.

Mahathirlah yang mencorakkan segala bentuk halatuju kepimpinan negara ini. Dikatakan ikut pendapat rakyat jauh sekali, pandangan ahli Umno pun beliau tidak ikut.