Most Read
Most Commented
mk-logo
Logistics News
BEST Cargo, Menggerakkan Landskap Logistik Malaysia
Published:  Apr 18, 2025 12:12 PM
Updated: 4:12 AM

Dalam industri logistik yang sentiasa berkembang, BEST Cargo telah muncul sebagai pemain dinamik yang merapatkan jurang antara operasi penghantaran berskala besar dan keperluan perniagaan tempatan di seluruh Malaysia.

Dengan fokus yang teguh terhadap kemampuan, kepantasan, dan penyelesaian berasaskan teknologi, BEST Cargo menetapkan penanda aras baharu dalam pengalaman penghantaran kargo.

BEST Cargo pakar dalam penghantaran barangan bersaiz besar.

Sejak memasuki pasaran Malaysia, BEST Cargo telah berkembang secara berterusan di kawasan-kawasan utama, membantu usahawan tempatan, pemilik perniagaan dan pelanggan dengan penyelesaian penghantaran yang boleh dipercayai dan efisien. Dengan menawarkan kadar yang lebih rendah, sistem digital yang mudah, dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan, syarikat ini berjaya mencipta kedudukan tersendiri dalam sektor logistik.

Salah satu contoh transformasi ini dapat dilihat di BEST Cargo Bangi, yang diketuai oleh pengurus stesen, Zahier, di mana dedikasinya mencerminkan misi syarikat secara keseluruhan. “Rutin harian saya tertumpu kepada memastikan semua kargo diurus dengan baik dan penghantaran dilaksanakan secara sistematik,” kata Zahier. “Saya juga mengambil inisiatif untuk mendekati perniagaan di Bandar Baru Bangi, membantu mereka memahami bagaimana BEST Cargo boleh menyokong pertumbuhan mereka.”

Zahier, Pengurus Stesen BEST Cargo Bangi

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Zahier dan pasukannya kekal komited. Langkah proaktif seperti menambah bilangan lori dan memperluaskan tenaga kerja membolehkan BEST Cargo Bangi mengekalkan kelajuan penghantaran dan kepuasan pelanggan, walaupun pada waktu puncak.

Ramai perniaga tempatan telah beralih kepada BEST Cargo. Zahier mengimbas kembali seorang pelanggan yang membandingkan harga, terus membuat keputusan untuk beralih kepada BEST Cargo kerana kadar yang jauh lebih rendah. Ia merupakan salah satu nilai yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Ketika industri logistik menjadi semakin kompleks, BEST Cargo terus memperjuangkan misi yang menjurus kepada membantu komuniti dimana dapat memberi peluang pekerjaan, dan sokongan terhadap perniagaan tempatan. Dengan inovasi dan kerjasama pelbagai pihak, syarikat ini bukan sekadar menghantar bungkusan, ia membuka peluang, serta memberi kepercayaan kepada pelanggan-pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.best-inc.my/ atau hubungi [email protected]


Siri ‘Logistics News’ ini adalah hasil kerjasama dengan Best Express.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS