Menjalankan perniagaan merupakan satu perjudian yang mana setiap peniaga perlu ambil risikonya. Namun, Encik Cheah, pemilik HBH Home Appliance berjaya mengharunginya selama 14 tahun.Dari sebuah kedai kecil, kini HBH Home Appliance mempunyai tujuh buah kedai termasuk satu Gudang di Lembah Klang.
Sepanjang bertahun-tahun, HBH Home Appliance telah membina reputasi sebagai tempat yang dipercayai untuk memiliki barangan elektrik rumah. Syarikat ini memberi penekanan kepada pengalaman pelanggan untuk melihat, mencuba, dan memahami produk sebelum membuat pembelian, dibantu oleh kakitangan berpengetahuan yang membimbing pelanggan semasa kunjungan di kedai.
Peralihan ke Platform Digital untuk Menyaingi Trend Semasa
Selari dengan peredaran zaman, HBH Home Appliance turut menjalankan operasinya secara aktif di platform digital seperti Shopee, Lazada, TikTok, dan Facebook bagi memenuhi permintaan pembeli online yang semakin meningkat.
HBH Home Appliance turut menyedari perubahan dalam tingkah laku pembeli, di mana semakin ramai pelanggan memilih untuk membeli secara online kerana diskaun menarik, baucar, dan kemudahan yang ditawarkan. Syarikat ini terus memperkukuhkan kehadirannya di platform e-dagang utama bagi memenuhi permintaan tersebut, sambil mengekalkan sentuhan peribadi dan visual produk yang dihargai pembeli secara offline.
Penghantaran Selamat dengan Kerjasama BEST Cargo

Selain jualan produk, HBH Home Appliance menyediakan ekosistem perkhidmatan yang lengkap. Ini termasuk pemasangan dan servis untuk penghawa dingin, pemanas air, kipas siling, mesin basuh, peti sejuk, dan dapur gas. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran menyeluruh bagi memastikan pelanggan menerima barangan mereka dengan selamat dan efisien.
Selaras dengan pertumbuhan pembelian secara online, HBH Home Appliance memberi penekanan besar terhadap logistik yang selamat dan boleh dipercayai. Syarikat ini bekerjasama dengan BEST Cargo untuk menguruskan penghantaran di seluruh Malaysia.
Setiap produk dibungkus dengan selamat sebaik sahaja ia keluar dari gudang, dengan langkah perlindungan tambahan untuk barangan mudah rosak. Pasukan logistik juga diberi taklimat untuk mengendalikan semua produk dengan penuh berhati-hati bagi mengurangkan risiko kerosakan semasa transit.
Komitment Tinggi demi Kepuasan Pelanggan

Salah satu contoh komitmen syarikat terhadap penghantaran selamat melibatkan penghantaran jarak jauh ke Perlis. Seorang pelanggan telah membeli sebuah televisyen — produk yang sering terdedah kepada risiko kerosakan semasa pengangkutan.
Untuk melindunginya, HBH Home Appliance telah memperkukuh pembungkusan dengan kayu pada setiap bahagian. Televisyen tersebut tiba dalam keadaan sempurna, membuktikan dedikasi syarikat terhadap persediaan rapi dan kepuasan pelanggan.
Pengguna yang ingin membeli barangan daripada HBH Home Appliance secara online boleh mengunjungi platform rasmi berikut:
Shopee: HBH Home Appliance
Lazada: HBH Home Appliance
TikTok: hbhonlinestore
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan logistik kami, sila layari laman web rasmi kami di www.best-inc.my atau hubungi kami melalui emel di [email protected].
Siri ‘Logistics News’ ini adalah hasil kerjasama dengan Best Express.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
