
Pemuda tegas, pemilihan tahun ini
Mereka menyifatkan penangguhan pemilihan parti, seolah-olah satu usaha untuk melindungi atau mengekalkan individu tertentu dan bukannya untuk mengembalikan kekuatan parti.


Selangor akan meneruskan dasar untuk membersihkan negeri itu daripada masalah setinggan. Tetapi beliau berjanji mengutamakan aspek perikemanusiaan dalam menangani isu tersebut.

kemaskini 11:55pm
Penulis blog popular, PKR dan akhbar parti diperintah membayar sejumlah RM7 juta kepada naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dan universiti itu dalam satu kes saman fitnah.

Penduduk bandar raya Kuala Lumpur berpeluang memilih sendiri calon Datuk Bandar kegemaran mereka jika kerajaan meminda satu akta untuk membolehkan pilihanraya tempatan.

Untuk mengutip yuran bulanan sebanyak RM10 dari majikan pekerja asing di negeri itu bagi melatih belia tempatan yang menganggur.


kemaskini 11:48pm
Bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya.

kemaskini 4.30pm
Semakin ramai pemimpin kanan Umno yang tidak bersetuju dengan cadangan supaya pemilihan parti itu yang dijadual Ogos ini ditangguhkan ke tahun depan.


Umno bahagian Cheras juga menyokong cadangan supaya diadakan perhimpunan agung khas Umno untuk membincangkan prestasi buruk BN dan Umno dalam pilihanraya.

Puteri Umno membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan dalam tempoh beberapa jam berhubung isu penangguhan pemilihan agung parti itu.

Seramai 876 ketua kampung di seluruh Perak bersedia melepaskan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei atas alasan tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan DAP, PAS dan PKR.