
MB T'ganu: Calon lain atau pilihanraya semula
kemaskini 1:45am
Datuk Ahmad Said mempunyai masa selama 90 hari sebelum memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata pakar perlembagaan.


Perdana menteri berkata semua Adun di Terengganu menyokong Datuk Seri Idris Jusoh, maka pelantikan orang lain tidak mengikut perlembagaan.

kemaskini 11:30am
Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya sebagai anggota Umno, kerana mengengkari arahan supaya jangan menerima pelantikannya.

kemaskini 10:45am
Datuk Ahmad Said hanya menerima watikah pengisytiharan pelantikannya sebagai menteri besar pagi ini tetapi upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.