
PM: Biar Pemuda tentukan Mukhriz
Tindakan disiplin terhadap Datuk Mukhriz Mahathir, yang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan selepas kekalahan memalukan BN, terserah kepada Pemuda Umno, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Ketika pergelutan kuasa masih berlangsung tentang wakil rakyat BN yang layak menjadi menteri besar Perlis, rakyat di negeri itu sedang bingung siapa pemimpin mereka sebenarnya: Datuk Mat Isa Sabu atau Datuk Seri Shahidan Kassim?
kemaskini 11:40pm
Selain drama pelantikan menteri besar Perlis, BN berdepan dengan satu lagi suasana tidak pasti tentang calon jawatan itu di Terengganu apabila Datuk Seri Idris Jusoh belum mengangkat sumpah hingga ke hari ini.
Dalam tidak menentu sekarang, bekas ahli parlimen Kota Bharu berkata kedua-dua pihak - kerajaan dan pembangkang - patut mengelak daripada membuat kenyataan yang provokatif.
PAS Selangor menyeru kepada wakil-wakil rakyatnya, termasuk exco kerajaan negeri, agar memberikan sumbangan 30 peratus elaun asas setiap bulan kepada kerajaan negeri.
Kerajaan persekutuan mesti meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan projek infrastruktur utama di Pulau Pinang demi kebaikan penduduk, termasuk negeri jiran, kata pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
kemaskini 5:40pm
Lebih kurang 1,000 penyokong Umno Pulau Pinang, yang diketuai setiausaha parti itu Azhar Ibrahim, berkumpul di kaki bangunan Komtar sebagai membantah kenyataan Ketua Menteri yang baru, Lim Guan Eng.
Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan-jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno bagi memulihkan parti itu dan kerajaan BN.
kemaskini 3:50pm
Selepas kecewa dan mengancam keluar daripada kerajaan campuran Perak, PKR malam tadi mendapat tiga jawatan exco daripada satu yang diagihkan kepadanya semalam.