Arkib - 24 Oktober 2008

Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur

Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur

Kenyataannya dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini, bakal perdana menteri itu dilihat mengambil pendekatan hampir sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga menyokong satu sistem yang berasaskan keperluan.
Syed Hamid: Utusan 'telah diberi amaran'

Syed Hamid: Utusan 'telah diberi amaran'

syed hamid albar Akhbar tersebut menjadi sasaran kritikan hebat kerana menyiarkan satu cerpen mengenai pembunuhan seorang ahli politik yang didakwa oleh DAP dimaksudkan kepada ahli parlimennya, Teresa Kok.
Mufti cadang subjek fekah interaksi agama

Mufti cadang subjek fekah interaksi agama

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran Fekah Interaksi Antara Agama bagi memupuk keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Suhakam siasat penahanan aktivis Suaram

Suhakam siasat penahanan aktivis Suaram

Suhakam akan menyiasat dakwaan Suaram Johor berhubung penahanan aktivis Suaram, Cheng Lee Whee di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai suatu tindakan salah guna kuasa oleh polis.
Lim: Penjelasan Chamil tidak boleh diterima...

Lim: Penjelasan Chamil tidak boleh diterima...

Penjelasan penulis cerpen 'Politik Baru YB J', Datuk Chamil Wariya tidak boleh diterima kerana terdapat sekurang-kurang lima persamaan antara ahli Parlimen Teresa Kok dengan watak wakil rakyat Josephine dalam cerpen tersebut, kata pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang.
19 NGO hantar surat bantahan pada Utusan

19 NGO hantar surat bantahan pada Utusan

Sembilan belas badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar surat bantahan kepada bahagian pengarang akhbar Utusan Malaysia sebagai membantah tindakan akhbar itu menyiarkan sebuah cerpen yang didakwa menggalak keganasan.
Peralihan kuasa Umno 'ganggu' rancangan Pakatan

Peralihan kuasa Umno 'ganggu' rancangan Pakatan

Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "sedikit-sebanyak" terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.
DAP gesa boikot semua penerbitan Utusan

DAP gesa boikot semua penerbitan Utusan

Tidak cukup dengan memboikot akhbar Utusan Malaysia , DAP kini menggesa supaya ia diperluaskan meliputi kesemua tiga akhbar dan 11 majalah terbitan Kumpulan Utusan.
Vwaishhnnavi dan ibunya dibebaskan, 10 direman

Vwaishhnnavi dan ibunya dibebaskan, 10 direman

P Vwaishhnnavi, anak saudara tahanan ISA, P Uthayakumar, 6, dan ibunya, K Shanti telah dibebaskan hari ini selepas ditahan semalamandi balai polis Putrajaya.
Beluran: Mengapa undi calon ketua Pemuda dikira semula

Beluran: Mengapa undi calon ketua Pemuda dikira semula

Malaysiakini difahamkan, pengiraan pertama dimenangi oleh ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tetapi pengiraan semula dimenangi oleh bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo.