Arkib - 23 Januari 2009

Tertuduh sumbang mahram lari selepas dijatuh hukuman

Tertuduh sumbang mahram lari selepas dijatuh hukuman

Lelaki berusia 39 tahun itu melompat keluar dari kandang tertuduh dan terus menuju ke pintu mahkamah untuk keluar dan kemudiannya terjun ke bawah bangunan setinggi kira-kira dua meter. Bagaimanapun dia dikepong dan diikat oleh pekerja binaan di situ.
Pelantikan yang dipertua MPPUM tergendala...

Pelantikan yang dipertua MPPUM tergendala...

Hasrat kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) untuk mengumumkan pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan, tergendala hari ini ekoran salah faham berhubung prosedur pelantikannya.
Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh

Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.
Bos AirAsia sedia temui Dr M

Bos AirAsia sedia temui Dr M

tony fernandez Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes berkata, beliau sedia menemui Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan mengapa syarikatnya perlu membina terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Labu Negeri Sembilan
K'jaan S'gor akan siasat dokumen 'bocor'

K'jaan S'gor akan siasat dokumen 'bocor'

Kerajaan negeri Selangor akan menyiasat mengenai kesahihan dokumen yang diperolehi oleh pihak-pihak yang membuat dakwaan bahawa dana kerajaan negeri digunakan untuk membeli 46 ekor lembu korban yang disumbangkan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Najib: Belum ada keputusan LCCT baru di Labu

Najib: Belum ada keputusan LCCT baru di Labu

Kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia untuk memindahkan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke (KLIA) ke Labu, Negeri Sembilan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Umno KT tidak kuat, kata Wanita bahagian...

Umno KT tidak kuat, kata Wanita bahagian...

Seorang pemimpin Wanita Umno bahagian di Terengganu mendakwa Umno bahagian Kuala Terengganu tidak mempunyai kekuatan yang cukup ketika menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Anti-ISA: 21 didakwa serta perhimpunan haram

Anti-ISA: 21 didakwa serta perhimpunan haram

Seramai 21 orang, termasuk seorang ahli Parlimen, seorang exco kerajaan, seorang ahli dewan undangan negeri dan seorang padri, turut menghadapi tuduhan kedua gagal bersurai selepas diarahkan oleh pihak polis [VIDEO DI DALAM]
Sarikei: Mahkamah tolak petisyen DAP

Sarikei: Mahkamah tolak petisyen DAP

Dikemaskini Mahkamah Persekutuan hari ini menolak dengan kos rayuan oleh calon DAP, Dr Wong Hua Seh yang mencabar keputusan petisyen pilihanraya Parlimen Sarikei.
PKR P Pinang gugur Mohd Fairus dari jawatan timbalan pengerusi

PKR P Pinang gugur Mohd Fairus dari jawatan timbalan pengerusi

PKR Pulau Pinang membuat rombakan drastik dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.