
NGO Islam desak polis siasat Herald
Sebuah persatuan pelajar Islam hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan dibuat terhadap penerbit mingguan
Herald
berhubung motifnya menggunakan perkataan Allah dalam akhbar Katholik itu.





Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini, malah sedia menggunakan ISA untuk menghalangnya.

kemaskini 3.02pm
Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

Kalimah ini wujud kerana sesetengah Kristian Arab seperti di Lubnan, Mesir dan negara-negara lain yang muncul sebelum kedatangan Islam meyakini konsep keesaan Allah.


kemaskini 2.45pm
Perdana menteri mengarahkan polis untuk meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat, susulan kejadian membakar sebuah gereja di tengah-tengah kontroversi isu 'Allah'.


Katakan, mereka menggunakan nama lain pada masa mula-mula Alkitab diterbitkan dalam bahasa Melayu, kami orang Kristian dari suku-suku minoriti di Sarawak akan terima sahaja.



kemaskini 12.10pm
Sebuah gereja dibaling bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja. Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah.