
MCA: Tiada pemilihan baru buat masa ini
Timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan parti itu tidak akan mengadakan pemilihan baru dalam masa terdekat ini kerana jumlah ahli jawatankuasa pusat yang meletak jawatan, tidak mencukupi.
Pemuda Umno menyarankan agar satu pertemuan diadakan antara wakil Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald - ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah'.
Mahkamah menolak kebenaran permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semakan kehakiman terhadap satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh pendakwa raya untuk perbicaraan kes liwatnya.
Dzulkarnain Taib dijadual hadir ibu pejabat polis daerah Shah Alam jam 1 tengah hari susulan aduan polis dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, Jumaat lalu.
Keluarga Teoh Beng Hock akan memfailkan permohonan untuk mendakwa pegawai SPRM, Raub Ghani, sebagai menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip Rojasunand.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kontroversi penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.
Peguam negara mengulas kemungkinan penulis blog itu didakwa jika didapati menggunakan pasport asing untuk melarikan diri tahun lepas selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.