
Umno teliti 'tindakan' pada Ku Li
Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.

Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.

dikemaskini 8:10pm
Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan Khalid Samad selama enam bulan, manakala Datuk Hasan Ali diberi amaran.

Tiada pemilihan baru bagi barisan kepemimpin MCA manakala AGM pula akan diadakan pada 7 Mac ini, kata timbalan presidennya.

Dua pelajar UKM dicekup ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.

Datuk Seri Rais Yatim berkata isu tuntutan royalti petroleum tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mengupah orang untuk hadir ke ceramah di stadium.

Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang seorang diktator, PKR Pulau Pinang kesal dengan kenyataan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Polis menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai saksi alibi pertama berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

dikemaskini 6:44pm
Penulis blog, Khairul Nizam didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar.

Polis akan bekerjasama dengan pakar forensik dan veterinar untuk menentukan spesies dan asal babi hutan yang kepalanya diletakkan di dua masjid.

Jawatankuasa pemilihan bagi pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) memutuskan tidak perlu diadakan semula pilihan raya ekoran pembatalan kemenangan tujuh calon umum kelmarin.

dikemaskini 7:20pm
Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran memilih berdiam diri ketika disoal siasat mengikut Akta Hasutan berhubung ucapannya yang mengaitkan Umno dengan serangan gereja.

Umno bahagian Ampang menafikan dakwaan Naib Presiden PKR Azmin Ali bahawa ahlinya terlibat dalam kes serangan terhadap sebuah gereja di Desa Melawati.

dikemaskini 2:30pm
Dua beradik bersama seorang rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan membakar Gereja Metro Tabernacle.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata mahkamah bukanlah forum yang sesuai membicarakan hak istimewa dan sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan.

dikemaskini 6:00pm
Selepas rundingan lebih empat jam, keputusan pilihan raya kampus UM digantung sementara menunggu siasatan dijalankan.


Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen utama pihak pendakwaan bagi persiapan perbicaraan kes liwatnya, Selasa ini.

Polis mengarahkan pentas yang dididirikan oleh kerajaan negeri Selangor untuk sambutan Thaipusam dirobohkan dengan alasan kawasan itu adalah tempat untuk meletak kenderaan.

Dua buku yang berlatar-belakangkan isu semasa dan berita, terbitan
Malaysiakini
dirampas oleh pihak berkuasa dengan alasan ia memudaratkan keselamatan.
