
CEO nafi letak jawatan ekoran hutang JCorp
Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata notis enam bulan peletakan jawatannya, dikemukakan kepada lembaga pengarah seperti yang diperlukan mengikut kontrak, yang berakhir hujung tahun.



Zuraida Kamaruddin berkata beliau gembira kerana dipanggil bagi memberi keterangan kerana ia peluangnya memberi butiran bagi membuktikan dakwaan berkenaan.

Peniaga pasar malam, A Murugan dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani, Oktober lalu.

Majlis Pakatan Rakyat Sarawak yang baru ditubuhkan pada dasarnya bersetuju mereka akan berdepan satu lawan satu ketika menentang BN pada pilihan raya negeri akan datang.

"Adakah kerana CEOnya adalah adik perdana menteri, maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB?" soal Salahuddin Ayub.

Keputusan muktamad pembangunan teknologi nuklear sebagai pilihan penjanaan elektrik negara akan dibuat selepas mengambil kira hasil kajian Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear.

Abdul Khalid berkata IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.

"Daging boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu?” soalnya.

Bimbang, beliau akan ditahan oleh bekas rakan-rakannya di TUDM, bekas sarjan N Tharmendran memilih memasuki penjara semula dengan membatalkan ikat jaminnya.

Menteri Dalam Negeri berkata melalui kerjasama polis dan agensi keselamatan lain, pergerakan pengganas yang telah dikenalpasti itu sentiasa dipantau supaya mereka dapat ditahan sebelum bertindak.

DPP di SPRM hanya boleh membuat keputusan dalam siasatan kes biasa, manakala kes sensitif, berprofail tinggi, perlu dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.


Ismail Sabri berkata dalam pertemuan itu, lebih 500,000 pengeluar dan peniaga makanan, yang diwakili 34 persatuan komited untuk tidak menaikkan harga makanan dan minuman yang mengandungi gula.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata sepanjang tempoh itu polis melakukan 270 serbuan ke atas premis yang disyaki menjalankan kegiatan tersebut menerusi 'Ops Soga'.

Semua filem yang mencapai 'box office' ditayang melalui skim itu seperti filem "Adnan Sempit" yang meraih kutipan RM7.66 juta, "Lagi-Lagi Senario" (RM6.33 juta) dan "Jangan Pandang Belakang Congkak" (RM6.09 juta).

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Pulau Pinang akan mengadakan inkuiri untuk menyiasat aktiviti mencuri pasir di Kampung Kenanga, Balik Pulau di Georgetown.


PAS hari ini menggesa kerajaan menjamin keselamatan bekas sarjan TUDM, N Tharmendran yang mendakwa dia diugut oleh bekas rakan-rakannya berhubung kes kecurian enjin jet.

Rayuan Khairy Jamaluddin terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman malu bernilai RM100 juta akan didengar pada 23 September ini.

Datuk Seri Najib Razak mengiktiraf Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai wawasan negara dan komited mencapai wawasan itu.

Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.
[VIDEO DI DALAM]

dikemaskini 11:00am
Kehadiran dua pegawai TUDM di perkarangan mahkamah mengusarkan peguam Tharmendran yang bimbang anak guamnya itu akan ‘ditahan.’

berkata mahkamah membenarkan permohonan berdasarkan jaminan dari Cumaraswamy bahawa kes itu akan diteruskan tanpa mengira sama ada Karpal akan hadir kemudian hari.