Senator pembangkang hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai ‘melucukan’.

NONE Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik,” kata Senator Syed Husin Ali dari PKR.

Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap Syed Husin sebagai tidak masuk akal.

"Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?” soalnya.

Kaya bertambah kaya

Katanya, pengurangan subsidi, kgususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion.

"Yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terpaksa merana,” katanya di lobi senat hari ini.

Huj NONE ah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap Syed Husin yang merupakan timbalan presiden PKR sebagai mengarut.

"Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara byang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah,” katanya.

Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan.

Hadir bersama pada sidang media ini adalah Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP), S Ramakrishnan (DAP) dan Kamal Mohd Yusoff (PKR).

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini