Arkib - 23 September 2012

Raja Nong Chik mahu bertanding di Lembah Pantai

Raja Nong Chik mahu bertanding di Lembah Pantai

NONE Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.
Ngeh: Saya tak ada tweet lagi

Ngeh: Saya tak ada tweet lagi

"Lepas saya minta maaf saya tidak ada tweet lagi, itu 'tweet record' saya sebelum saya minta maaf, ini dia (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) kitar semula yang lama punya tweet," katan pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.
Rosmah hadir ke persandingan puteri Sultan Brunei

Rosmah hadir ke persandingan puteri Sultan Brunei

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis istiadat persandingan Diraja anakanda Sultan Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, hari ini.
Pahang ancam batal perjanjian air dengan S'gor

Pahang ancam batal perjanjian air dengan S'gor

Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.
Guan Eng: Pakatan mesti hapus tiga mitos

Guan Eng: Pakatan mesti hapus tiga mitos

NONE Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti tersebut mesti menghapuskan tiga mitos mengenai Pakatan Rakyat bagi membolehkan gabungan parti itu memenangi pilihan raya umum akan datang.
PKR: Noh, Tee Yong mesti perjelas isu sarang burung

PKR: Noh, Tee Yong mesti perjelas isu sarang burung

Naib presiden PKR Datuk Seri Chua Jui Meng menggesa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan timbalan, Datuk Chua Tee Yong supaya menjelaskan keputusan kementerian itu yang berubah-ubah berhubung industri burung walit.
DAP gesa Suhakam gunakan kuasa, bantu Suaram

DAP gesa Suhakam gunakan kuasa, bantu Suaram

Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya menggunakan kuasanya untuk menghalang "gangguan dan penganiayaan" ke atas kumpulan masyarakat sivil, khususnya NGO Suaram.
Polis: Suspek kes mencuri pura-pura ziarah

Polis: Suspek kes mencuri pura-pura ziarah

Seorang lelaki yang berpura-pura mahu menziarahi pesakit di Hospital Jerantut, diberkas polis selepas cuba mencuri sebuah motosikal Honda Ex5 milik petugas hospital itu, semalam.
Sekarang bukan masa untuk bercakaran, kata VP Umno

Sekarang bukan masa untuk bercakaran, kata VP Umno

"Dekat PRU-13 ini banyak isu yang akan dibangkitkan pembangkang seperti perkauman, agama serta serangan peribadi dan kita mesti bersedia menghadapinya," kata naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Aktivis dakwa S'gor kelirukan rakyat isu air

Aktivis dakwa S'gor kelirukan rakyat isu air

water tap thumbnail Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.
MB Perlis: Shahidan bukan musuh saya

MB Perlis: Shahidan bukan musuh saya

shahidan kassim dikemaskini Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mat Isa Sabu berkata beliau tidak bermusuh dengan Datuk Seri Shahidan Kassim dan akan bekerjasama dengan bekas menteri besar itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Anggota RELA nikmati elaun hingga RM1,500 sebulan

Anggota RELA nikmati elaun hingga RM1,500 sebulan

Ketua Pengarah RELA, Datuk Mustafa Ibrahim berkata elaun tersebut merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada anggota RELA yang kebanyakannya tidak mempunyai pekerjaan dan berkhidmat secara sukarela dengan elaun harian yang kecil.
Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik

Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik

NONE dikemaskini 4.41pm Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir berkata terdapat kalangan pemimpin Islam yang cenderung untuk mengguna hukuman paling berat termasuklah hudud agar mereka kelihatan lebih Islamik.
Salang yakin akan kekal bertanding di Julau

Salang yakin akan kekal bertanding di Julau

Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang menyangkal khabar angin yang tersebar di Pakan bahawa beliau tidak akan diletakkan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Julau pada pilihan raya umum akan datang.
Utusan: Yahudi 'iri hati' M'sia miliki Scorpene

Utusan: Yahudi 'iri hati' M'sia miliki Scorpene

scorpene submarine Bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa NGO Suaram dan portal berita Malaysiakini menjadi "tali barut" Yahudi demi menggagalkan usaha Malaysia untuk memiliki kapal selam Scorpene.
Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM

Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM

NONE dikemaskini 2.27pm Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
IGP: Polis hanya pantau, tak terlibat siasat Suaram

IGP: Polis hanya pantau, tak terlibat siasat Suaram

Polis Diraja Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwa menerima dana asing bagi menjalankan operasi mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Ghani: BN Johor akan pertahan 26 kerusi parlimen

Ghani: BN Johor akan pertahan 26 kerusi parlimen

BN Johor bertekad mempertahankan 26 kerusi parlimen di negeri ini yang sekaligus memberi sumber kekuatan kepada BN untuk mengekalkan perkhidmatan kepada rakyat, kata menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman.
70 warga asing ditahan di pusat urut

70 warga asing ditahan di pusat urut

Tujuh puluh rakyat asing yang bekerja di premis perniagaan pusat urut dan refleksologi (spa) di sekitar Jalan Kuchai Lama, di sini ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen semalam.