
- Sepanjang hayatAKTIFINACTIVEEXPIRED
- Didaftarkan pada:Didaftarkan pada:Akan tamat tempoh pada:AKTIFINACTIVEEXPIRED
- LANGGAN
- Renew
- Sambung Langganan
- Settings
- Hubungi kami
- Log keluar


Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Wira Zulkifli Omar berkata melalui program pemulihan kemasyarakatan dan kekeluargaan yang diperkenalkan jabatan itu, kadar kemasukan berulang banduan di penjara seluruh negara dapat dikurangkan.

Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok berkata, kajian perlu dilakukan sebelum meminda akta bagi tidak membenarkan hakim menggunakan budi bicara mereka untuk mengurangkan hukuman terhadap pesalah kes rogol bawah umur.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun idea yang dicetuskannya itu masih baharu, namun terdapat beberapa sebab Changlun dijadikan lokasi bagi melaksanakan cadangan tersebut.





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.



MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata, pemimpin Umno merancang untuk untuk menggubal undang-undang baru bagi menyekat penerimaan dana asing sedangkan Umno sendiri menerima dana asing bernilai RM40 juta yang diragui.

Dengan memetik beberapa sumber dan pemimpin politik akhbar Sinar Harian menonjolkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai faktor dan penyumbang besar BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.


Akhbar Mingguan Malaysia menyebut, Presiden NGO pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali menuntut Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan mursyidul am kepada Datuk Haron Din kerana akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.
