
SPR beri jaminan pada pengundi di luar negara
MP DAP Anthony Loke berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya memberi jaminan untuk mengemukakan peraturan dan mekanisme bagi pengundi di luar negara untuk diwartakan di Parlimen dalam tempoh satu hingga dua minggu.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berjaya menjimatkan lebih RM80 juta setahun selepas kutipan sisa pepejal negeri itu diuruskan sendiri pihak berkuasa tempatan – berbanding sewaktu ia diuruskan Alam Flora Sdn Bhd.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata jabatan bawah kementerian itu "tiada bantahan" ke atas projek kondominum kontroversi di Batu Caves selepas pemaju mengemukakan "penyelesaian kejuruteraan".
Penebangan balak membabitkan kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu, Padang Terap adalah bagi membangunkan taman agropelancongan pertama negara, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas.
dikemaskini 8.29pm
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan, cadangannya kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu untuk memastikan kesinambungan dalam pengurusan sumber manusia untuk pegawai kerajaan yang berkhidmat di Selangor.
dikemaskini 3.42pm
Kerajaan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008 menjanjikan bahawa projek jambatan baru dengan kos RM230 juta itu akan siap dalam tempoh dua setengah tahun namun sehingga kini masih tidak dijalankan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usul bagi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serangan itu hanya akan dibentangkan esok.
Timbalan pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SK Bihai Arom Asir, mendakwa, keluarga Hassan Achoi ditawarkan demikian pada 7 November untuk menarik balik laporan tersebut.
Ketua MCA Selangor Datuk Donald Lim berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim perlu memikul tanggungjawab dalam isu kondominium kontroversi di Batu Caves, tanpa mengira pihak yang meluluskan projek berkenaan di Majlis Perbandaran Selayang.
Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa bas yang digunakan dalam Jelajah Merdeka Rakyat PKR dibeli beliau pada harga RM650 ribu dan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM10,833.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "perancangan terperinci, latihan jitu dan pelaksanaan" yang diperlukan untuk serangan itu adalah sesuatu yang mampu dilakukan CIA Amerika Syarikat dan Mossad Israel.
EKSKLUSIF
Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.
"Kita mempunyai norma-norma dan nilai-nilai kita sendiri," kata perdana menteri selepas menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean sebagai komitmen untuk mempertingkat dan melindungi hak asasi di rantau ini.
Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Haswan Mohd Wasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 9.55 malam.
ULASAN
PAS dilihat menyedari hakikat bahawa parti itu tidak mampu bersendirian tetapi perlu bersama rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.