
Belanjawan Kedah 2013 RM1.1b
Kerajaan Kedah hari ini membentangkan belanjawan 2013 defisit berjumlah RM1.1 bilion berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kerajaan Kedah hari ini membentangkan belanjawan 2013 defisit berjumlah RM1.1 bilion berbanding anggaran hasil RM640 juta.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini menuduh BN merebut tanah di Selangor, sambil mendedahkan bahawa ia telah memperolehi sejumlah 24 tanah negeri pada harga RM1 sekaki persegi, sedang jumlah nilai pasaran dianggarkan sekurang-kurangnya RM20 juta.

Mesej SMS BN Selangor kepada pengundi di negeri itu tidak menceroboh privasi pengundi dan bertujuan menunjukkan kasih sayang penyelaras BN Selangor kepada pengundi, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Kerajaan Selangor hari ini mengemukakan penjelasan mengenai tindakan yang diambil dalam memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam Kertas Putih yang dibentang di DUN.

Aktivis SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berdepan dengan Pengerusi Lynas, Nick Curtis di mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat Australia itu di Sydney hari ini, selepas Curtis memberitahu pemegang saham bahawa loji kontroversinya di Gebeng, akan mula memproses nadir bumi bulan depan.

Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu - berjumlah lebih RM23.5 juta.

Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap ketegasan DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bermaksud parti itu berpendapat ia boleh mengawalnya.

Menteri Dalam Negeri menafikan dakwaan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undangnya membuat duit cara mudah dengan menjual semula mercun dan bunga api dari tempat penyimpanan bukti yang dirampas daripada penyeludup kepada orang ramai.

Polis menjalankan hampir 7,000 serbuan di premis yang menjalankan aktiviti mesin perjudian di seluruh Selangor dalam 'Ops Dadu' sejak awal tahun ini sehingga Oktober lepas.

Kerajaan Persekutuan telah menerima calon dari Kelantan dan Pahang untuk anggotai Jawatankuasa Khas kaji secara telus isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur.


Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew hari ini dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium berdekatan Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.

dikemaskini
Ketua pembangkang Selangor Datuk Satim Diman menjelaskan bahawa kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina jambatan baru di bandar Klang kerana parti itu gagal membentuk kerajaan negeri.

PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tak, berkata hatinya tersentuh apabila dipeluk rakan-rakannya yang memberi sokongan moral semasa perarakan Himpunan Hijau tiba di Karak, Pahang semalam.

Lynas Corp menjangka memulakan pemprosesan nadir bumi dari kilangnya di Malaysia bulan depan walaupun berdepan dengan bantahan aktivis alam sekitar yang bimbang kesan bahayanya terhadap kesihatan.

dikemaskini
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menggesa supaya negara menghantar bantuan ketenteraan kepada warga Palestin di Gaza yang menghadapi serangan daripada tentera Israel selain melaksana boikot ekonomi ke atas negara Yahudi itu.

Menurutnya, ia bukan satu langkah "menyelamat" kerana tiada sebarang bayaran sama ada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya, tetapi sebaliknya, Talam melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri untuk menjelaskan hutangnya.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan memohon kepada ICAC supaya menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan Michael Chia berhubung isu sumbangan RM40 juta.

dikemaskini
Sekumpulan aktivis NGO pro-Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dekat bangunan parlimen bagi membantah pelaksanaan saman trafik melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

Salah satu resolusi yang diluluskan di persidangan antarabangsa untuk mendedahkan kebenaran serangan 9/11 adalah untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa untuk menyiasat kemungkinan ada yang tersembunyi di sebalik kemusnahan Menara Berkembar New York.

EKSKLUSIF
dikemaskini
Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Agos Cholan berkata badan itu tetap mengambil tindakan dengan "cara baik" walau hanya mencapai separuh daripada kadar kutipan semula pinjaman.


Seorang lelaki mati dipercayai ditetak manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang di Lorong Ikan Jelawat Enam dekat ibunegara malam tadi.

Pusat perlindungan yang diberi nama 'Ilaj home' itu akan memberi rawatan khusus bagi pesakit yang dijangkiti HIV/AIDS mengguna kaedah dan pendekatan rawatan berasaskan Islam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Jumaat ini untuk memutuskan permohonan pengarah strategi PKR itu untuk ketepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.