
Syed Sobri dihalang hadiri DUN meskipun tiada lagi muflis
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim hari ini gagal dalam usahanya untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) meskipun mengemukakan dokumen beliau kini bukan lagi individu muflis.
Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak dakwaan bahawa ICAC Hong Kong menutup siasat ke atas sumbangan politik RM40 juta yang didakwa diseludup ke Malaysia selepas pihak berkuasa negara ini tidak memberi kerjasama.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Star Publications (M) Bhd, Ho Kay Tat, telah meletak jawatan hari ini dan dijangka kembali semula ke pangkuan Edge Publications.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi menggesa ibu bapa kepada empat murid Orang Asli yang ditampar supaya membuat aduan rasmi berhubung dakwaan bahawa guru berkenaan cuba merasuah mereka.
Seorang penjaga tokong Cina berusia 50 tahun yang mendakwa kononnya boleh 'menurun' untuk membuang sial dan menilik nasib ditahan selepas beberapa wanita mendakwa dirogol oleh lelaki berkenaan dalam beberapa kejadian berasingan sejak April lepas.
Seorang bapa terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.
MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa kontraktor Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hanya mendaftarkan syarikat tersebut selepas memperoleh kontrak untuk memasang sistem itu.
Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata memang BN memperoleh sejumlah 24 tanah di Selangor tetapi tidak diberi kepada individu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan rakyat.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menjelaskan bahawa kontraktor Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan untuk menyediakan kenderaan penguatkuasaan untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mengakui bahawa Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur beroperasi tanpa radar selama hampur dua jam ekoran kegagalan sistem yang dialami pada September lalu.
DUN KEDAH
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa termasuk SPRM jika ada sebarang penyelewengan ketika beliau memegang jawatan menteri besar Kedah.
Selepas beberapa hari diserang media pro-BN berhubung calon perdana menteri Pakatan Rakyat, PAS berusaha melenyapkan polemik yang timbul ekoran tafsiran oleh media berhubung ucapan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mungkin memberi makluman salah kepada Dewan Rakyat berhubung "sumbangan politik" berjumlah RM40 juta kepada Umno Sabah.
DUN Selangor
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu menasihatkan timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak "ghairah" memutarbelit fakta semata-mata kerana mahu menjadi menteri besar Selangor.
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) gesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendirian mengenai tindakan PAS membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Penganjur perarakan jalan kaki anti-Lynas Wong Tack berkata, mereka akan berkhemah di Dataran Merdeka sebaik menamatkan perjalanan 14 hari dari Kuantan dan bukannya berarak ke bangunan Parlimen.
Sekumpulan penduduk Pengerang, Johor dihalau keluar daripada kawasan yang dikhaskan untuk sidang media apabila mereka cuba bercakap kepada petugas media berhubung satu kempen untuk menghalang pemindahan kawasan perkuburan nenek moyang mereka.
Lidah parti PAS
Harakahdaily
menyelar laporan media yang didakwa "melaga-lagakan" Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan pemimpin Pakatan Rakyat dengan laporan bahawa presiden PAS itu sedia dilantik menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Timbalan menteri dalam negeri, Datuk Liew Vui Kong berkata kerajaan tidak bercadang memperluas siasatan RCI ke atas isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah kerana kes berkenaan menurutnya tidak berlaku di Semenanjung Malaysia.
Pelancaran kaunter penerimaan saman AES akan diadakan di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
NGO berkaitan PKR, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jawab dakwaan bahawa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dalam tempoh seminggu dari sekarang.
Presidennya, Jais Abdul Karim berkata Dong Zong seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati, bukan dengan berhimpun yang mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini.
CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan rekod untung bersih RM3.263 bilion untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2012, sekaligus menyaksikan pertumbuhan tahun-atas-tahun sebanyak 12.6 peratus.
Ia melibatkan pemilik tanah pribumi yang terjejas oleh cadangan pembinaan 12 projek empangan hidroelektrik di Sarawak, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.
Mahmoud Al Sammouni, yang berusia 15 tahun, berdiri di depan Kedutaan Amerika Syarikat, sekutu Tel Aviv, dan menggesa Israel menghentikan keganasan tenteranya di Gaza yang dilaporkan meragut nyawa 100 penduduk di wilayah yang terkepung itu.
Saksi rakyat Palestin menceritakan pengalaman perit kehilangan orang kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah berkata: "Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan."