Arkib - 12 November 2012

Staf Suaram P Pinang diberi notis Seksyen 111

Staf Suaram P Pinang diberi notis Seksyen 111

Jabatan Pendaftar Pertubuhan Putrajaya menyerahkan notis kepada seorang kakitangan NGO hak asasi Suaram di Pulau Pinang, Lee Hui Fei supaya hadir ke pejabat jabatan tersebut pada Rabu untuk siasatan lanjut.
Wanita Umno Johor mahu tindakan tegas pada Nurul Izzah

Wanita Umno Johor mahu tindakan tegas pada Nurul Izzah

Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berpendapat tindakan tegas harus dikenakan terhadap MP Lembah Pantai itu sebagai pengajaran kerana cuba memesongkan soal agama demi kepentingan politik dan cita-cita memenangi pilihan raya umum akan datang.
Mangsa banjir di 3 negeri meningkat, Melaka turun

Mangsa banjir di 3 negeri meningkat, Melaka turun

NONE Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat daripada 1,327 orang kepada 1,355 manakala di Johor meningkat kepada 138 orang berbanding 120 pagi tadi.
Rakyat M'sia sekali lagi dinasihat tangguh ke Syria

Rakyat M'sia sekali lagi dinasihat tangguh ke Syria

anifah aman Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihaknya bimbang dengan situasi keselamatan yang semakin buruk di negara itu dan akan terus memantau perkembangan di sana.
Himpunan Hijau sedia jalan kaki 300km

Himpunan Hijau sedia jalan kaki 300km

NONE "Walaupun dijangka hujan lebat, tiada apa yang boleh menghalang kita," kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang merancang untuk mengadakan acara jalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur selama 12 hari bermula esok.

Rakyat M'sia mohon status plaintif 'kes Musa Aman'

Rakyat M'sia mohon status plaintif 'kes Musa Aman'

NONE Sekumpulan 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
BERSIH: Kaji kelemahan proses tanda dakwat kekal

BERSIH: Kaji kelemahan proses tanda dakwat kekal

NONE BERSIH menggesa SPR mengkaji beberapa kelemahan yang mungkin timbul dalam proses penandaan dakwat kekal ke atas pengundi dalam pilihan raya umum akan datang kerana prosedur baru itu mungkin menyebabkan proses pengundian terjejas dengan proses tidak adil dan juga kelewatan.
MB Pahang sokong calon Umno isytihar harta

MB Pahang sokong calon Umno isytihar harta

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau menyokong jika anggota Umno yang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 mengisytiharkan aset atau harta supaya "bersih" daripada elemen prasangka sebelum layak dipilih mewakili parti dan mengelakkan seseorang itu hidup di luar kemampuan.
Mirzan Mahathir penerima anugerah DPMMKL

Mirzan Mahathir penerima anugerah DPMMKL

NONE Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) mengumumkan anak bekas perdana menteri Datuk Mirzan Mahathir sebagai penerima Anugerah Usahawan Malaysia 2012 anjurannya.
Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad

Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad

dikemaskini Satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian, giat dikongsi penyokong Pakatan Rakyat.
Perhilitan pindah gajah liar di hutan Pasir Puteh

Perhilitan pindah gajah liar di hutan Pasir Puteh

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor gajah liar yang ditangkap di kawasan hutan Felcra Teratak Batu di Pasir Puteh ke taman negara yang terletak di sempadan negeri Kelantan-Terengganu, semalam.
KP: Pelatih PLKN perlu patuh syarat berpolitik

KP: Pelatih PLKN perlu patuh syarat berpolitik

NONE Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata para pelatih perlu mematuhi syarat yang akan ditetapkan apabila mereka dibenar aktif berpolitik dalam kem, mulai tahun depan.
Harga saham FGV jatuh bawah harga penyenaraian

Harga saham FGV jatuh bawah harga penyenaraian

NONE Saham gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraiannya. Ia mula diniagakan pada harga RM4.60 namun dan kemudiannya jatuh ke paras RM4.53 pada jam 10.46 pagi sebelum kembali melonjak.
PAS: Biar masyarakat nilai kenyataan Nurul Izzah

PAS: Biar masyarakat nilai kenyataan Nurul Izzah

NONE Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut.
S'gor beri tempoh 14 hari tanggalkan kamera AES

S'gor beri tempoh 14 hari tanggalkan kamera AES

NONE Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.
Pemuda BN P Pinang dicabar buat laporan polis

Pemuda BN P Pinang dicabar buat laporan polis

Kerajaan Pulau Pinang mencabar BN untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa Pakatan Rakyat telah menjual tanah Taman Manggis sebanyak dua kali.
Mohamad Asfia kekal sebagai speaker DUN S'wak

Mohamad Asfia kekal sebagai speaker DUN S'wak

Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker DUN Sarawak untuk tempoh empat tahun mulai 15 Nov ini, selepas lantikan kali kelima berakhir 14 Nov ini.
Mangsa banjir di S'gor meningkat

Mangsa banjir di S'gor meningkat

Bilangan mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,327 orang berbanding malam tadi 1,273 orang, manakala di negeri Melaka dan Perak kekal dengan masing-masing 90 dan 22 orang mangsa banjir.
Umno belum putuskan isytihar harta untuk calon

Umno belum putuskan isytihar harta untuk calon

Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu telah memfailkan borang pengisytiharan harta dengan jabatan perdana menteri bagi calon yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan anggota exco.
Najib: Kaji semula struktur industri hiburan supaya adil

Najib: Kaji semula struktur industri hiburan supaya adil

NONE "Saya difahamkan ada penyanyi dan pelakon yang dapat royalti yang agak kecil dan pihak lain dapat pulangan yang agak besar, pada hemat saya, keadaan ini tidak seimbang dan tidak adil kepada seniman tanah air, ia perlu diperbetulkan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebuh raya tawar diskaun tol sempena Deepavali

Lebuh raya tawar diskaun tol sempena Deepavali

toll booth collector 050312 Sempena perayaan Deepavali, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menawarkan diskaun tol 60 sen kepada penggunanya, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).