Arkib - 2 Mac 2013

'Serah diri atau hadapi tindakan pihak berkuasa M'sia'

'Serah diri atau hadapi tindakan pihak berkuasa M'sia'

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini  memberi kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu supaya menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.
PM: Bendera putih dikibar untuk perangkap komando

PM: Bendera putih dikibar untuk perangkap komando

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.
Utusan siar laporan seret Anwar dengan Lahad Datu

Utusan siar laporan seret Anwar dengan Lahad Datu

Dalam berita pada halaman sembilan, Utusan Malaysia  memaparkan laporan sebuah laman blog bernama MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan itu.
Penulis terkejut pelancaran buku dibatal pada saat akhir

Penulis terkejut pelancaran buku dibatal pada saat akhir

Penulis popular Kee Thuan Chye kecewa kerana pelancaran bukunya oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di Kelab Pulau Pinang dibatalkan pada saat akhir kerana ia mahu mengelak tanggapan wujudnya "kecenderungan politik".
'BN bayar RM1.2 j untuk propaganda anti-Anwar di AS'

'BN bayar RM1.2 j untuk propaganda anti-Anwar di AS'

BN atau sekutunya didakwa membayar beberapa penulis untuk menulis artikel propaganda dalam penerbitan arus perdana di Amerika Syarikat (AS), yang menurut portal berita AS - BuzzFeed - disasarkan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis soal wartawan temubual Yazid

Polis soal wartawan temubual Yazid

Pasukan dua anggota polis yang diketuai Inspektor S Manivanan dari Unit Anti-Keganasan itu, menyoal bekas wartawan Malaysiakini, Aidila Razak di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama selama kira-kira dua jam semalam.
Aktivis alam sekitar Taiwan dilarang masuk M'sia

Aktivis alam sekitar Taiwan dilarang masuk M'sia

Seorang aktivis alam sekitar Taiwan dilarang memasuki Malaysia dan dijangka dihantar lewat hari ini.
Siswa GM13 cabar PM debat di RTM

Siswa GM13 cabar PM debat di RTM

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang mengumumkan untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan Parlimen perdana menteri di Pekan, kali ini mahu berdebat pula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung manifesto mahasiswa untuk pilihan raya umum akan datang.
Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu

Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina Kampung Tanduo, Lahad Datu dari 9 Februari hingga semalam.
Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh

Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh

Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya.
Lahad Datu: Kenyataan Tian Chua diselar

Lahad Datu: Kenyataan Tian Chua diselar

Beberapa pemimpin dan pemerhati politik menyelar Naib Presiden PKR Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah semalam dengan dakwaan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.
Keluarga Kpl Azman kesal laporan media tak tepat

Keluarga Kpl Azman kesal laporan media tak tepat

Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di Lahad Datu semalam, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.