
Rakyat M'sia di Filipina dinasihat lebih berwaspada
Kementerian Luar hari ini menggalakkan semua rakyat Malaysia di Filipina supaya mengutamakan keselamatan diri berikutan perkembangan terkini di Lahad Datu, Sabah, apabila operasi dijalankan untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata.
Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
dikemaskini
"Secara jujurnya pada pendapat saya, BR1M disampaikan kepada semua rakyat tanpa mengira mereka itu pengundi atau tidak," kata timbalan pengarah kanan bahagian siasatan SPRM, Han Chee Rull.
Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata insiden di Lahad Datu bukan peperangan tetapi pencerobohan terhadap negara serta kedaulatan Malaysia.
"Di Malaysia, sejak tahun 1966, kita amat beruntung kerana memiliki sebuah institusi tahfiz terulung iaitu Darul Quran Jakim untuk memberi peluang kepada anak-anak kita menghafaz serta mengkaji ilmu-ilmu Al-Quran secara sistematik," katanya dalam majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.
Menteri pertahanan menyangkal dakwaan bahawa pejuang MNLF mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu, Sabah.
Kerajaan akan tetap mempertahan kalimah Allah selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah atau objektif syariah dalam Islam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
dikemaskini
Tanpa menamakan individu berkenaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata berkata tindakan itu merupakan "perbuatan yang keji" oleh orang yang “tak ada isi perut”.
Datuk Seri Najib Razak berkata, tindak tanduk "yang berhemah" kerajaan Malaysia, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.