
Dr M: Jangan biar M'sia dianggap negara Islam gagal
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya kepada sekumpulan pegawai tentera laut memberi amaran supaya tidak mengundi mengikut emosi bagi mengelakkan negara dianggap sebagai negara Islam yang gagal.
BN adalah satu-satunya parti di negara ini yang mempunyai perancangan baik bagi membangunkan Malaysia, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
PERAK
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas naib ketua sayap tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan dihantar esok (Rabu).
N SEMBILAN
Peluang BN mengekalkan DUN Lenggeng dengan mempertaruhkan panglima perang Umno negeri, Datuk Ishak Ismail semakin kurang jelas dan anggota parti dikatakan akan menzahirkan bantahan di peti undi kelak.
SARAWAK
Negeri berkenaan mungkin mendapat ketua menteri baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
PKR mempersoalkan wang berjumlah RM7 bilion yang didakwa dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada satu akaun didakwa “sulit” di Cayman Islands.
KEDAH
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat gagal membentangkan janji yang dilaksanakan serta pembangunan di negeri itu.
BN Kedah membidas dakwaan PAS yang menuduh parti itu bertanggungjawab meletakkan kain rentang yang berunsur provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.
"Sebab itu sekarang orang India semua sokong, Hindraf pun sudah sokong kita, dulu mereka menentang tetapi sekarang sokong kerana dia ada 'nambikei' iaitu kepercayaan dengan BN sebab kita sudah buat banyak untuk orang India," kata Datuk Seri Najib Razak.
KEDAH
Calon Bebas di DUN Alor Mengkudu Datuk Fadzil Hanafi berkata beliau kecewa dengan BN yang menurutnya tidak banyak mengetengahkan calon dengan latar belakang agama di peringkat DUN kali ini.
Calon BN Tan Ken Keong akan memanfaat pengalamannya sebagai penjual ikan untuk mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi merebut kerusi DUN Air Putih.
JOHOR
Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berkata beliau akan menggunakan strategi sama seperti ketika menangani perang saudara Bosnia-Herzegovina dalam usahanya untuk merampas kerusi parlimen Johor Bahru.
[VIDEO]