Serah kuasa: PM hadap Agong 2 April
.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 2 April depan untuk memaklumkan penyerahan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, sekiranya mendapat perkenan baginda, majlis penyerahan kuasa itu akan diadakan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh penyerahan kuasa itu akan berlangsung.
Abdullah menegaskan demikian dalam ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
Abdullah tidak bertanding mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan kali ini.
Ini hasil pelan peralihan kuasa yang dicapai antara Abdullah dan Najib sebelum ini.
Ekoran itu, Najib telah memenangi jawatan presiden tanpa bertanding selepas seorang lagi calon, Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk bertanding.
Berita lanjut menyusul

