Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Saya maafkan Muhyiddin
Diterbitkan:  Mar 28, 2009 1:21 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah memaafkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau menganggap ada membuat perkara yang tidak betul.

Tetapi, katanya, beliau tidak pernah marah dengan apa yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Katanya, beliau juga memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 09 "Saya mahu bersara dengan senang hati, tidak ada perasaan tidak baik saya bawa bersama..," katanya.

Perdana menteri menegaskan demikian dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

"Muhyiddin, saya ingin menyatakan di depan semua yang ada, saya tidak pernah marah kepada Muhyiddin. Kerana itu saya tidak pernah balas apa dia cakap," katanya lagi.

Sebelum itu, dalam ucapan penggulungannya, Muhyiddin merakamkan terima kasih kepada perdana menteri atas segala sumbangan serta pengorbanan beliau dan berharap Abdullah akan terus dihargai dan disanjungi sebagai pemimpin berjiwa besar serta sedia berkorban demi kepentingan parti dan negara.

"Pelan peralihan dibuat atas sifat keikhlasan beliau (Abdullah) kepada parti dan kesediaan beliau untuk berkorban demi kepentingan bangsa dan parti.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada Pak Lah jika ada yang salah atau silap," kata Muhyiddin yang sebelum ini mendesak supaya peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib disegerakan.

Pada mulanya, Abdullah bersetuju menyerahkan kuasa kepada Najib pada pertengahan tahun 2010.

Bagaimanapun, ramai pemimpin termasuk di peringkat akar umbi telah mendesak supaya Abdullah menyegerakan penyerahan kuasa itu.

Akhirnya, persetujuan dicapai untuk Abdullah menyerah kuasa selepas perhimpunan agung Umno kali in.

Abdullah juga tidak bertanding mempertahankan jawatan presiden. Ekoran itu, Najib menang tanpa bertanding jawatan presiden selepas seorang lagi calon - Tengku Razaleigh Hamzah - gagal memperolehi pencalonan 59 minima untuk layak bertanding.

ADS