Kenyataan Samy Vellu terkena diri sendiri: Aliran Monthly
Kenyataan-kenyataan pemimpin Kongres Kesatuan India (MIC) termasuk Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu untuk membela kaum itu sebelum ini kini "terkena mereka kembali," dakwa majalah bulanan Aliran Monthly hari ini.
"Dengan perkataan lain, kenyataannya sejak dahulu menunjukkan kesalahannya sendiri kini," kata lembaga pengarang majalah itu, mengulas laporan akhbar The Star dan New Straits Times semalam.
Akhbar-akhbar itu melaporkan Samy membidas laporan majalah itu dan menyifatkannya "berat sebelah." Beliau juga mendakwa terdapat "pihak tertentu" sengaja ingin memburukkan beliau dan partinya dengan tuduhan mereka tidak berbuat apa-apa untuk kemajuan pekerja ladang.

Majalah terbitan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) edisi terbaru, dalam rencana muka depan bertajuk 'The Plight of Indian Malaysians: Hype and Reality' (Nasib kaum India di Malaysia: Gembar-gembur dan kenyataan) menyebutkan "tidak banyak perubahan untuk kaum itu berlaku sejak 20 tahun Samy Vellu memimpin MIC."
Menurut Samy lagi, dakwaan majalah itu adalah tuduhan tidak berasas. Pemimpin MIC itu berkata beliau pernah membawa isu nasib pekerja ladang di Dewan Rakyat dan untuk perhatian Perdana Menteri.
Lembaga pengarang Aliran Monthly "bersetuju" dengan kenyataan Samy itu. "Dari satu segi, apa yang dikatakan oleh Samy Vellu (dalam akhbar) itu adalah benar," kata lembaga pengarang majalah itu lagi, sambil menambah laporan itu mengutip kenyataan dan janji pemimpin MIC itu sendiri seperti diambil daripada akhbar-akhbar tetapi tidak berjaya dipenuhi.
Lembaga pengarang Aliran Monthly menggesa Samy meneliti lebih terperinci laporan majalah itu untuk mendapat gambaran lebih jelas bahawa beliau dan MIC gagal memenuhi keperluan masyarakat India dalam pelbagai sektor, terutama pekerja ladang.
"(Laporan kami) berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu dan Presidennya (Samy) berkenaan isu-isu perumahan, kesihatan, pendidikan, kewangan dan sosial," kata majalah itu lagi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.