Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tidak cabar PKR di Penanti
Diterbitkan:  May 1, 2009 11:14 AM
Dikemaskini: 11:29 AM

PAS tidak akan meletakkan calonnya di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil hujung bulan ini walaupun ada desakan dari dalam parti itu sendiri, lapor Bernama .

"(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.

Selain PAS kawasan Permatang Pauh - yang tidak akan menurunkan jentera kempennya dalam pilihanraya antara 23 hingg 31 Mei sebagai membantah calon PKR - desakan yang serupa dibuat oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin.

Kerusi DUN tersebut kosong susulan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin 16 April lalu, tidak lama selepas melepaskan jawatan-jawatan exco negeri dan timbalan satu ketua menteri 1 Pulau Pinang.

PKR mencalonkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, sementara BN belum menamakan calonnya.

ADS