Dua rumusan Umno tawan Kedah

   

Umno memperkenalkan dua formula yang dikenali "SMSS" dan "KBSM" dalam usaha menawan semula Kedah pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata SMSS bermaksud bekerja "siang malam, subuh senja", lapor Bernama .

Manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan 36 DUN masing-masing.

"Tidak mustahil BN dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini," katanya selepas menemui jawatankuasa penerangan Umno negeri hari ini

Ahmad berkata semua jentera penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu.

Pakatan Rakyat memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN dalam pilihanraya umum lalu.

Daripada 16 kerusi BN, masing-masing satu untuk MCA dan Gerakan.

Malaysiakini
terkini untuk anda