Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jali Abdul Majid berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat ahli Umno keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, oleh kerana BN tidak bertanding, beliau tidak mahu mengambil tahu perkara tersebut.

abdul jalil abdul majid "Oleh kerana keluar mengundi adalah hak masing-masing, terpulang kepada mereka.

"Jadi saya tidak tahu sama ada orang Umno keluar mengundi atau tidak," katanya kepada Malaysiakini .

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Faris Musa berkata, beliau juga tidak dapat memastikan sama ada ahli Umno mengundi di Penanti.

Bagaimanapun, beliau mengakui, ketiadaan calon BN menyebabkan pilihanraya kecil ini hambar dan tidak meriah.

penanti by election polling day 310509 polling centre.jpg "Ini tidak berlaku di dalam pilihanraya kecil lain, tetapi terjadi di Penanti.

"Suasana tidak meriah dan tidak panas di Penanti kerana BN tidak bertanding," katanya.

Faris berkata, suasana lenggang berlaku di pusat-pusat pengundian kerana penyokong pembangkang yang keluar mengundi.

Katanya, sebab itu tempat di mana dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh riuh, kini kosong.

Dalam pilihanraya umum yang diadakan September lalu, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah dengan majoriti besar.