116 dibebaskan dengan jamin polis
Versi terkini Seramai 116 peserta perhimpunan di Lebuhraya Kesas hujung minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin mulut dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Pelabuhan Kelang 14 hari dari tarikh hari ini.
Dewan sukan dijadikan 'mahkamah'
11:45am, JUM :Sebuah dewan sukan di Jalan Raja Lumut, Pandamaran, Kelang berdekatan stadium hoki dijadikan "mahkamah" baru untuk prosiding terhadap 125 orang yang ditahan dalam perhimpunan di Lebuhraya Kesas hujung minggu lalu.
Hakim mahkamah magistret, peguam, penyokong dan anggota keluarga yang ditahan semuanya berada di sini mulai sebentar tadi.
OKT di stadium, peguam belum dimaklum
10:30am, JUM : Kira-kira seratus ahli keluarga dan penyokong 125 orang yang ditahan dalam perhimpunan di Lebuhraya Kesas hujung minggu lalu berada di mahkamah sejak sejam lalu.
Bagaimanapun, sumber menyebutkan tahanan tersebut telah dibawa polis ke stadium hoki, Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. Anggota-anggota polis FRU sudah mengawal tempat berkenaan.
Mereka belum dibawa ke Mahkamah Majistret Klang di Jalan Istana. Peguam belum dimaklumkan tempat prosiding itu bakal berlangsung hari ini, di bangunan mahkamah atau kompleks sukan.
Beberapa maklumat asas tentang mereka yang ditahan (OKT) boleh diperolehi di laman web harian Harakahdaily.com.
Menurut laporan akhbar hari ini, polis akan menyambung tempoh reman kerana "belum lengkap mengambil kenyataan." Bagaimanapun, OKT yang tidak terlibat akan dibebaskan.
Isnin lalu, semua tahanan dikenakan reman selama lima hari hingga Jumaat.
Polis juga sedang mengumpul lebih maklumat untuk mengenal pasti lebih ramai peserta perhimpunan daripada foto dan rakaman.
Pihak berwajib itu juga dilaporkan akan menyiarkan foto mereka di media.
[Laporan lanjut selepas ini]


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.