Selain menyifatkan serangan terhadapnya sebagai 'memeranjatkan', bekas timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam enggan terbabit dalam perang mulut dengan presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu.

s subramaniam makkal osai pc 270807 statement Walaupun berkali-kali ditanya motif presiden MIC itu menyerangnya, Subramaniam enggan mengulas dan hanya bercakap mengenai injunksi terhadap Maika Holding yang menghalangnya daripada menjual Overseas Capital Assurance Bhd (OCAB).

Maika Holdings adalah syarikat pelaburan MIC yang kini dibebani hutang, dan diterajui oleh anak lelaki presiden MIC - Vell Paari.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Subramaniam menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi penghalang Maika Holdings menjual OCAB untuk mmbayar balik pelaburan pemegang sahamnya.

Injunksi itu difailkan oleh Nesa Cooperative, yang diterajui oleh Subramaniam.

Subramaniam menegaskan bahawa beliau atau Nesa tidak menentang penjualan OCAB pada bila-bila masa, dan ianya telah dinyatakan dalam sepucuk surat kepada Maika Holdings pada 24 Ogos 2007.

Bagaimanapun, katanya, Nesa telah menyatakan beberapa langkah yang mesti diambil sebelum penjualan OCAB dapat diteruskan.

"Satu daripadanya ialah membuat penilaian kewangan bebas ke atas saham yang hendak dijual. Dua, berasaskan penilaian tersebut, tawaran belian yang kompetitif hendak diperolehi daripada pihak-pihak yang berminat di Malaysia dan dari luar negara. Ketiga, penjualan tersebut hendaklah dikendalikan oleh pihak yang bebas yang diputuskan oleh lembaga pengarah Maika.

"Dan sebelum dijual, tawaran hendaklah terlebih dahulu dibuat kepada syarikat milik orang India, individu atau pertubuhan india, termasuk koperasi. Ini dinyatakan dalam surat tersebut dan kita berpegang kepadanya," tambah Subramaniam.

Baca berita penuh