Dua rang undang-undang yang dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua di persidangan Dewan Rakyat kali ini, ditarik balik daripada aturan urusan mesyuarat hari ini.

Rang Undang-undang Orang Papa (Pindaan) 2008 ditarik balik oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Manakala Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) (Pengesahan) 2009 ditarik balik oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin, lapor Bernama.

Tiada alasan diberikan untuk penarikan balik itu.