Batal waran tangkap MP Kapar
Diterbitkan: Jun 25, 2009 11:08 AM | Dikemas kini: Jun 25, 2009 8:17 PM
Waran tangkap terhadap ahli parlimen PKR S Manikavasagam dibatalkan berhubung kegagalannya menerima sapena bagi memberi keterangan dalam siasatan pembunuhan pelakon wanita K Sujatha.
Koroner Mohd Faizi Che Abu, yang bertindak sebagai seorang majistret untuk mendengar permohonan tersebut hari ini, membuat keputusan selepas mendengar hujahnya.
Semalam, Manikavasagam memfailkan permohonan untuk mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan kelmarin setelah gagal hadir siasatan awam kematian aktres tempatan itu.
Inkues itu diadakan berikutan kematian Sujatha, 28, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 25 Jun 2007, enam hari selepas dimasukkan ke hospital itu kerana didakwa meminum racun serangga.

