Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tinjauan sikap yang dibuat oleh Wanita Umno menunjukkan lebih 50 peratus daripada 12,293 pengundi Manek Urai akan mengundi calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, esok.

Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, kira-kira 5,900 pengundi termasuk ahli Umno dan pengundi atas pagar, berjanji mengundi Tuan Aziz.

"Ini yang mereka janji kepada kita, tidak tahulah apa yang mereka cakap itu tidak betul. Tetapi dari reaksinya, ia tanda yang positif dan akan mengundi BN.

"Kita juga berjaya mendekati beberapa kawasan pengundi PAS, bm version kerusi dun manek urai 220509 tetapi kawasan `hijau' kita tidak boleh masuk,' katanya ketika dihubungi hari ini.

Tuan Aziz, ketua Pemuda Umno Kuala Krai ditentang oleh Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan yang juga bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya Ismail Yaacob 22 Mei lalu.

1,500 tak dapat dikesan

Rohani berkata, bagaimanapun, pihaknya mendapati kira-kira 1,500 pengundi tidak dapat dikesan walaupun nama mereka ada dalam daftar pemilih.

"Nama ada, alamat ada tetapi orang tidak ada. Bila kita tanya penghulu atau ketua kampung, mereka kata tidak tahu.

"Maknanya orang kampung tidak kenal mereka, mungkin ini yang dikatakan sebagai pengundi hantu," katanya.

Rohani juga mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pengundi Manek Urai perlu mengundi Tuan Aziz jika mahu sebuah jambatan.

Menurut ketua Wanita Umno bahagian Kuala Krai itu,"orang PAS pandai kata sahaja tetapi ambil semua projek BN."

Bantuan kerajaan pusat

Beliau berkata, projek pembinaan jambatan itu untuk rakyat, sama seperti pembinaan sekolah, klinik dan sebagainya.

"Pembinaan jambatan dikatanya rasuah tetapi bantuan persekolahan kerajaan pusat untuk pelajar miskin, anak orang PAS ambil juga.

"Kita nak tengok kalau jambatan itu dibina nanti, adakah orang PAS lalu atau tidak," tambahnya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih Tuan Aziz.

ADS