Samy restui Palanivel kekal timbalan
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu merestui Timbalannya, Datuk G Palanivel untuk mempertahankan jawatannya dan menjadi pengantinya untuk menerajui parti pada masa depan.
Palanivel bakal berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu September depan.
Dua lagi pemimpin yang akan mencabarnya ialah bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam dan naib presiden, Datuk S Sothinathan.
Samy Vellu yang mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding bagi penggal kesebelas - berkata beliau menyokong Palanivel bagi memastikan kesinambungan dalam parti tersebut.
Ketika dihubungi, Palanivel memberitahu Malaysiakini yang beliau berterima kasih kepada Samy kerana merestuinya mengekalkan jawatan timbalan presiden.
"Saya akan memberi khidmat yang terbaik bagi memenuhi harapan beliau serta keyakinan dan kepercayaan beliau kepada saya," katanya.
Bagi tiga jawatan naib presiden, Samy Vellu merestui Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Saravanan.
Baca berita penuh

