Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video seks: JK disiplin MCA siasat Chua
Diterbitkan:  Jul 16, 2009 5:59 PM
Dikemaskini: 11:55 AM

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah dipanggil untuk disiasat oleh jawatankuasa disiplin MCA berhubung video seksnya.

NONE Beliau mengesahkan telah dipanggil untuk menghadap jawatankuasa tersebut pada 4 Ogos depan.

Chua berkata, beliau menerima surat tunjuk sebab berhubung perkara itu minggu lepas.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, kes berkenaan berlaku 20 bulan lalu.

"Tetapi sekarang baru mereka hendak ambil tindakan... terpulang kepada ahli dan rakyat untuk membuat tafsiran," katanya kepada pemberita di Kulim, Kedah.

Chua juga berkata, ini adalah kali pertama beliau mengadakan sidang akhbar selepas menerima surat tunjuk sebab itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat pendedahan satu demi satu, secara perlahan-lahan "supaya ia menjadi lebih menarik".

ADS