Chin Peng and rakan rakan tidak mahu pulang ke M'sia
eksklusif
Bekas pemimpin penting Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan kini sudah hilang harapan untuk pulang semula ke Malaysia selepas penantian selama 12 tahun termeterainya perjanjian damai dengan kerajaan pada tahun 1989.Menurut bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng, 76, sikap kerajaan Malaysia yang tidak bersungguh-sungguh untuk menunaikan harapan mereka itu, telah mendorong ramai bekas pemimpin PKM mengambil keputusan untuk terus menetap di Thailand.
eksklusif
Bekas pemimpin penting Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan kini sudah hilang harapan untuk pulang semula ke Malaysia selepas penantian selama 12 tahun termeterainya perjanjian damai dengan kerajaan pada tahun 1989.Menurut bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng, 76, sikap kerajaan Malaysia yang tidak bersungguh-sungguh untuk menunaikan harapan mereka itu, telah mendorong ramai bekas pemimpin PKM mengambil keputusan untuk terus menetap di Thailand.
Chin Peng, yang kini tinggal di Bangkok, memberitahu malaysiakini bahawa dia juga turut mengambil keputusan muktamad untuk mendapatkan kerakyatan Thailand.
Bekas pegawai pemerintah Regimen ke-10 PKM, Rashid Maidin juga melahirkan rasa kecewanya kerana tiada usaha bersungguh-sungguh di pihak Malaysia untuk membantu mereka pulang ke tanahair.
"Begitulah keadaannya dari setahun ke setahun, dan kini ianya sudah menjangkau lebih 10 tahun. Kami sentiasa menunggu tetapi tiada berita mengenai yang diterima daripada kerajaan sejak perjanjian damai itu ditandatangani," kata Rashid yang kini tinggal bersama isterinya Salamah Ahmad, 72, di Kampung Chulaporn, Yala, yang terletak kira-kira 60km dari bandar Haadyai di selatan Thai.
Rakan seperjuangan Rashid yang lain, termasuk bekas pengerusi PKM, Abdullah CD, 79, bekas ketua propaganda PKM Suriani Abdullah, 77, dan bekas komander Regimen ke-10 PKM, Abu Samah Kassim, 76, juga mengambil keputusan untuk menetap di Thailand.
Perjanjian damai
Kesemua bekas ahli jawatankuasa pusat PKM itu, yang kelihatan masih sihat walaupun sudah menjangkau usia 70-an dan 80-an, berkata mereka sudah memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian damai berkenaan, iaitu membubarkan unit bersenjata Tentera Rakyat Malaysia pada tahun 1990.
"Kami menyerahkan seluruh jiwa raga kami berjuang untuk mendapat kemerdekaan, tetapi selepas merdeka (1957), kita tidak
diberi peluang untuk turut sama menikmati hasilnya. Apa salahnya berbincang dengan kami jika ianya untuk kebaikan negara?"
tanya Rashid dalam wawancara dengan
malaysiakini
.
Perjanjian damai di antara PKM dan Kerajaan Malaysia menandakan berakhirnya perjuangan bersenjata PKM dan lebih 1,000 anggotanya menerima tawaran kerajaan Thailand untuk memberi mereka tanah di kawasan berhampiran sempadan Malaysia.
Sebilangan lagi bekas ahli PKM kembali menetap di Malaysia selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa di sini.
Menurut Rashid, pemimpin-pemimpin utama PKM telah menetap di sempadan Malaysia-Thai selepas perjanjian damai ditandatangani bagi memastikan rakan seperjuangan mereka dari Rejimen ke-10 PKM dapat pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk pulang ke tanahair, mereka diberitahu oleh pegawai Malaysia supaya "tunggu dan lihat" dahulu.
"Kini kami lebih suka tinggal di Thailand. Kerajaannya telah memberi layanan yang baik terhadap kami," tambah Rashid.
Parti politik
Perjanjian damai itu juga membenarkan bekas anggota komunis itu mengambil bahagian dalam kegiatan politik dan boleh menubuhkan parti politik yang sah di Malaysia.
Menurut perjanjian itu, kerajaan akan "memberi pertimbangan" kepada sebarang permohonan yang dikemukakanoleh bekas ahli PKM untuk menubuh dan mendaftarkan sebarang parti politik.
Chin Peng, yang berasal dari Perak dan nama sebenarnya Ong Boon Hua, berkata, memang ada rancangan pada ketika itu untuk menubuhkan sebuah parti politik bagi membuka peluang kepada pemimpinnya turut serta bertanding dalam pilihanraya umum.
"Tetapi ia bukanlah parti yang berasaskan kepada teori Marxist," katanya. Bagaimanapun, kata Chin Peng, kini sudah terlewat untuk meneruskan iniatif tersebut.
Ketika ditanya mengapa rancangan itu tidak menjadi kenyataan, Chin Peng enggan mengulas lanjut mengenainya kerana ia mungkin tidak disenangi dua lagi pihak - Malaysia dan Thailand - yang turut menandatangani perjanjian damai itu.
"Tunggu dan bacanya semuanya dalam buku saya nanti," kata Chin Peng.
Selain Chin Peng, rakan seperjuangannya yang lain juga akan menghasil buku mengenai pengalaman mereka sewaktu berjuang di hutan belantara.
Ini merupa bahagian kedua daripada tiga siri wawancara malaysiakini dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.