Chua minta Ong henti memfitnahnya
Diterbitkan: Sep 11, 2009 11:58 AM | Dikemas kini: Sep 11, 2009 8:37 PM
Selepas membisu sejak pemecatan dari MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengingatkan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya berhenti memfitnahnya atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ia berkaitan dengan dakwaan Ong bahawa Chua akan menubuhkan sebuah parti politik yang baru.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Chua memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ong.
"Jika Ong terus mendakwa saya akan menubuhkan parti baru, saya akan saman beliau.
"Saya tidak mahu beliau menghabiskan masa persaraannya di mahkamah," kata Chua, sambil menambah, Ong sudah pun berdepan dengan banyak kes-kes mahkamah.

